Skip to main content

Salinan Diakui Sah / Certified True Copy

Assalamualaikum,

Salinan diakui sah adalah suatu perkara yang selalu diperlukan dalam banyak urusan. Bagi yang kurang faham, dalam entry ini saya akan menerangkan serba sedikit berkenaan salinan diakui sah atau pun certified true copy (CTC) ini.

Salinan diakui sah / CTC merupakan salinan kepada dokumen asal yang diakui adalah salinan yang benar kepada dokumen tersebut. Sebagai contoh, apabila sesuatu urusan memerlukan salinan diakui sah / CTC kepada sijil2 akademik kita. Kita perlulah membuat salinan fotostat dokumen tersebut. Salinan tersebut kemudian dibawa ke hadapan pegawai kerajaan gred 41 dan ke atas untuk disahkan bahawa ia adalah salinan yang benar kepada dokumen asal tersebut.

Antara urusan di mana CTC diperlukan:

a) anak-anak hendak masuk ke universiti;
b) hendak memohon pinjaman;
c) untuk perkhidmatan insurans;
d) perhidmatan di Jabatan Pendaftaran Negara

dan banyak lagi.


Ini adalah contoh cop yang diturunkan oleh pegawai sekurang-kurangnya gred 41 (dahulunya dikenali sebagai pegawai gred A) di mana diakui bahawa ini adalah "Salinan Diakui Sah" atau pun "Certified True Copy" diikuti dengan cop nama serta jawatan pergawai. Pegawai tersebut kemudiannya akan menandatangi pengakuan beliau itu.

Salinan fotostat yang terdapat cop serta tandatangan pegawai inilah yang dikenali sebagai salinan diakui sah atau pun certified true copy.

Saya berasa kasihan melihat masyarakat yang keliru dengan salinan diakui sah atau ctc ini sehingga selalu pergi ke tempat yang salah lalu membazir masa dan minyak pergi berjumpa pesuruhjaya sumpah untuk mendapatkan cop CTC. Hal ini demikian kerana, Pesuruhjaya Sumpah hanya mengecop di atas Akuan Sumpah anda di mana beliau menyaksikan akuan sumpah tersebut dan bukannya mengecop mengakui salinan diakui sah.

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan untuk mendapatkan salinan diakui sah atau pun certified true copy ini namun tiada masa atau tidak mahu leceh pergi mencari pegawai yang boleh cop salinan anda serta tidak mahu menunggu lama, kami menawarkan servis runner / dispatch untuk mendapatkan cop tersebut. Perkhidmatan di dalam Lembah Klang sahaja.

Sekiranya berminat WHATSAPP SAHAJA nombor berikut: +6011-37757567


Comments

  1. Maksudnya ketua kampung pon boleh cop?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..saya nak ctc photocopy selalunya pergi ke pejabat residen dan berjumpa dengan ketua kaum or masyarakat.

      Delete
  2. Terima kasih atas info. Saya ada sedikit pertanyaan. Bolehkah selepas semua salinan sijil telah disahkan/dicop, adakah saya boleh fotostat salinan tersebut untuk diguna-pakai untuk apply kerja yang lain pula? Sebab saya agak keliru di sini, adakah setiap kali saya ingin memohon kerja, saya perlu memohon pengesahan yang baru kpd pegawai berkenaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawa sijil asli masa nak temuduga. kalau dah dapat kerja baru bagi salinan...

      Delete
  3. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Bolehkah saya mendapat pengesahan dari pegawai yang telah bersara?

    ReplyDelete
  4. Bolehkah mengguna pakai salina. Ya g telah disahknkiranya photo opy balik salinan yg tab disahkan...sebab kesian everytime pegawai tu kene sign bnyak2.

    ReplyDelete
  5. Kalau takdapat cop pengesahan,datang dari negeri sebelah,pihak borang tu akan terima borang yg takde pengesahan tak?

    ReplyDelete
  6. Cop dkt sebelah mana? Kanan ke kiri?

    ReplyDelete
  7. Boleh ke sy bertanya apakah perbezaan "Disahkan Salinan Asal" dengan "Disahkan Daripada sah salinan asal"

    ReplyDelete
  8. Boleh saya tanya, apa maksud Dokumen ASAL dan Dokumen SALINAN ? Contoh dokumen asal, sijil kelahiran yang original berwarna ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dokumen asal bermaksud dokumen yang dikeluarkan oleh pihak bertauliah seperti pejabat tanah, jabatan pendaftaran negara dan sebagainya manakala dokumen salinan adalah cetakan pendua dari dokumen yang dinyatakan tadi

      Delete
  9. kalau cop yang tandatangan boleh ke?

    ReplyDelete
  10. Masih buat ke runner untuk CTC ?

    ReplyDelete
  11. king casino 777
    king casino 777. Casino 777. Bonus. 100 바카라 Spins. 150x wagering. Max. 제왕카지노 Bonus. $25. Win. 100x wagering. 100x wagering. Bonus. 100 Spins. 150x 샌즈카지노 wagering.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. kalau cop dari pegawai kerajaan tapi tidak mempunyi cop disahkan boleh diterima?

    ReplyDelete
  15. Hi saya nak minta encik buat servis sign ni, tapi whatsapp cik tak boleh contact dia tulis invalid

    ReplyDelete

Post a Comment