Posts

Salinan Diakui Sah / Certified True Copy

Assalamualaikum, Salinan diakui sah adalah suatu perkara yang selalu diperlukan dalam banyak urusan. Bagi yang kurang faham, dalam entry ini saya akan menerangkan serba sedikit berkenaan salinan diakui sah atau pun certified true copy (CTC) ini. Salinan diakui sah / CTC merupakan salinan kepada dokumen asal yang diakui adalah salinan yang benar kepada dokumen tersebut. Sebagai contoh, apabila sesuatu urusan memerlukan salinan diakui sah / CTC kepada sijil2 akademik kita. Kita perlulah membuat salinan fotostat dokumen tersebut. Salinan tersebut kemudian dibawa ke hadapan pegawai kerajaan gred 41 dan ke atas untuk disahkan bahawa ia adalah salinan yang benar kepada dokumen asal tersebut. Antara urusan di mana CTC diperlukan: a) anak-anak hendak masuk ke universiti; b) hendak memohon pinjaman; c) untuk perkhidmatan insurans; d) perhidmatan di Jabatan Pendaftaran Negara dan banyak lagi. Ini adalah contoh cop yang diturunkan oleh pegawai sekurang-kurangnya
Recent posts